Khamis, 14 Januari 2010

Kerabu Kemoyang, kaduk, pucuk gajus dan nenas, Betik Muda, Mengkudu ,buah bonglai


Kerabu pucuk gajus dan nenas


Bahan-bahan

pucuk gajus ( secekak)
1/2 biji nenas masak ( kalau suka boleh tambah)
3 biji cili mrah ( tambahkan cili padi jika mahu pedas)
3 ulas bawang merah, sedikit garam dan belacan, sedikit gula.

Caranya

cili, bawang, belacan dan bawang dikisar . Nenas dipotong dadu atau racik halus. Daun gajus dipotong halus. Gaul semua dan rasa garam, gula . Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.




Kerabu kaduk


Bahan-bahan

Pucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula

Caranya

1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus. 2. Mayang bawang besar, halia, serai 3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk. 4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan. 5. Masukkan santan pekat (sedikit shj). Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap.



Kerabu kemoyang


Bahan-bahan

lima pelepah keladi kemoyang , dibersihkan dan dicelur
seekor ikan kembung dibakar tanpa rempah
setengah cawan santan kelapa, diperah menggunakan air masak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar
sedikit kerisik
air perahan limau lipis
garam dan gula
2 ulas bawang merah
sedikit cili padi jika suka

Caranya

Keladi kemoyang yang telah dicelur ditoskan airnya. Tumbuk isi ikan kembung bersama bawang merah,kerisik dan lada hitam,masukkan garam dan gula. Gaul bahan tadi bersama keladi kemoyang dan santan.masukkan jus limau nipis secukup rasa dan masukkan juga cili padi yang dipotong kecil-kecil jika suka.Sedia untuk dihidang

Kerabu Betik Muda


Bahan-bahan

250 g betik muda
20 g kacang tumbuk
5 g belacan
5 g otak udang
5 ml jus limau nipis
5 ml cuka
10 g kacang botol
10 g timun
10 g daun bawang
5 g cili merah
5 g cili hijau
5 g cili padi
5 g jeruk halia
3 g garam

Caranya

1. Betik,kacang botol,daun bawang,cili merah,cili hijau dan jeruk halia dihiris halus.
2. Perap bahan-bahan ini bersama jus limau selama satu jam
3.Gaul semua bahan dengan belacan, kacang, otak udang, garam dan gula.
sedia untuk dihidang.

Kerabu Mengkudu


Bahan-bahan

1 cekak pucuk mengkudu
1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu
sedikit lada hitam
3 biji limau nipis diambil airnya
3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar
Sedikit garam dan gula

Caranya

Pucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus. Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati. tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan kedalamnya.masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati. Perah air limau nipis kedalam campuran tadi dan gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.

p/s : dikelantan selalunya sedikit budu( 1 sudu teh) dimasukkan sebagai perisa dan penyedap. Kerabu ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis. selain daun, buah mengkudu juga boleh dijadikan kerabu. Selamat mencuba





Kerabu buah bonglai


Bahan-bahan

2 biji/keping buah bonglai muda
Setengah cawan santan kepala
kerisik
Ikan tawar(ikan yang dibakar tanpa rempah),boleh gunakan ikan kembung
cuka atau limau nipis
garam dan gula

Caranya

Buah bonglai dibakar hingga kulit luarnya agak hangus, setelah itu bahagian yang hangus dikikis dan buah ini dihiris halus.Masukkan kedalam mangkuk,masukkan santan, pastikan santan diperah menggunakan air yang telah dimasak.Masukkan isi ikan kembung yang telah ditumbuk kasar bersama kerisik, gaulkan rata-rata. Masukkan pula garam dan gula serta cuka atau air limau nipis.Potong cili padi halus-halus jika suka dan gaulkan bersama kerabu ini. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan