Khamis, 14 Januari 2010

KERABU PUCUK BETIK DAN DAUN JAMBU




Baban-bahannya:
2 tangkai pucuk betik
1 tangkai daun jambu
1 5g garam
25g belacan
l00g udang kering
60g bawang merah
30g bawang putih
25g cili merah
5 helai daun cekur
½ biji kelapa parut,
5 biji limau kasturi
1 senduk minyak
Cara membuatnya:
Rebus pucuk petik bersama daun jambu hingga lembut.
Angkat dan toskan. Hiris halus bahan-bahan ini.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan,
udang kering, daun cekur dan kelapa parut sehingga terbit baunya.
Padamkan api dan sejukkan.
Tumbuk bahan-bahan tersebut dan gaulkan dengan pucuk betik.
Akhir sekali perabkan asam limau dan digaul sebati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan