Khamis, 14 Januari 2010

Kerabu Pucuk Kunyit


Kerabu_pucuk

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
  • 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
  • 1 sk udang kering basuh dan digoreng
  • 1 biji bawang merah
  • 10-12 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
  • *1 biji limau kasturi
  • *sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

  1. Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan
  2. Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda *, tumbuk kasar2 pun tak pe..
  3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan