Khamis, 14 Januari 2010

Kerabu Telur Peranakan


Bahan-bahan: (hidangan cukup untuk 5 orang)

3 biji telur
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
3 biji cili padi
sedikit daun kesum (kalau tak ada , ganti dengan 3-5 tangkai daun selom)
1 biji besar limau nipis diperah airnya (atau limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar

Cara membuatnya:

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.
2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan