Khamis, 14 Januari 2010

Urap Jawa


Urapjawa

Bahan-bahan ( satu family )

  • satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • satu mangkuk kecil biji cekur@kencur
  • beberapa helai daun cekur@kencur- hiris halus
  • segenggam ikan bilis kopek
  • garam
  • perisa - jika suka
  • * pucuk ubi - celur dan carik2@hiris
  • * kacang panjang - celur dan potong memanjang
  • * taugeh - celur
  • * kacang botol (optional) - hiris - xde pon masa tu

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  2. Masukkan skali garam dan juga perisa.
  3. Kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  4. Panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  5. Tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur. siap utk dhidang.
  6. *Masakan ni mudah basi jika dbiarkan terlalu lama. Utk mengelakkannya, asingkan dahulu sayur@ulam2an dan juga kelapa yg dh siap sangai tadi. bila nak makan@menghidang, barulah dgaul rata.
  7. Selamat Mencube!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan