Khamis, 18 Mac 2010

Pelbagai Resepi Rojak


ROJAK BUAH

Bahan-bahan:

Sengkuang
Nenas
Timun
Mangga muda } semua buah dipotong/hiris kecil2
Jambu batu
Epal hijau
Buah belimbing

Bahan utk kuah rojak:

10 tangkai cili api } ditumbuk
1.5 cm belacan }dibakar
1/2 cawan kacang tanah } digoreng kemudian tumbuk kasar
1 sudu besar bijan } digoreng tanpa minyak hingga perang
air asam jawa secukup rasa
1 sudu besar petis udang
1-2 sudu besar gula melaka/gula pasir atau secukup rasa
2 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa

Cara membuat kuah:

Campurkan semua bahan-bahan jika pekat tambah sedikit air panas.

Nota: Kalau tak nak guna cili api boleh juga gantikan dgn cili kering tapi pastikan cili kering tu digoreng sebiji2 (tanpa potong) dgn sedikit minyak barulah ditumbuk atau boleh juga guna cili serbuk Kalau suka kacang banyak boleh lebihkan mengikut citarasa.


ROJAK BETIK ALA TERENGGANU

Bahan-bahan:

300 g ikan selayang } dipanggang tawar hingga masak
1 biji betik muda } diparut /sagat
1 biji timun } dipotong halus
1 biji nenas } dipotong kecil
200 g taugeh } dicelur dlm air mendidih selama � minit
4 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu makan asam jawa
2 cawan air masak
� keping gula melaka
10 sudu besar cuka
garam secukup rasa

Cara membuat:

Ambil isi ikan kemudian tumbuk sehingga lumat.
Asam jawa dicampurkan dgn air buang bijinya utk ambil airnya sahaja.
Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan garam, kacau sebati.
Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh kemudian tuangkan kuah diatasnya.
Sedia untuk dimakan.

ROJAK INDIA/MAMAK (PASEMBOR)


Bahan Cucur (Keras):

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:

8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):

1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:

900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Nota:

Kalau nak buh mee kuning celur kejap mee tu.



ROJAK JAWA (PECAL/GADO-GADO)


Bahan-bahan untuk kuah :

2 cm belacan } digoreng
6 ulas bawang merah }digoreng tanpa potong
15 tangkai cili kering } digoreng tanpa potong
600 g kacang tanah } digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
asam jawa secukup rasa dibancuh dgn air panas/air masak
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Goreng bawang merah, cili kering dan belacan dgn minyak yg sedikit.
Kisar bawang merah dan cili kering hingga hancur dgn menggunakan air asam jawa.
Masukkan ke dalam mangkuk campurkan bahan kisar dgn kacang tanah, belacan, garam dan gula.
Kalau kuah pekat sangat boleh tambahkan sedikit air panas dan kacau.
Kepekatan kuah spt kuah sate.


Bahan-bahan sayuran:

1 biji sengkuang kecil }dicincang nipis
200 g taugeh } dicelur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat kacang panjang } dipotong kecil dan dicelur
1 ikat kangkung } dipotong kecil dan dicelur
2 keping tauhu } digoreng dan dipotong2 nipis
1 batang timun } dicincang nipis
1 biji kentang } direbus kemudian dipotong kecil

Cara menghidang:

Susunkan semua sayuran di dalam pinggan besar.
Bila nak makan ambil serba sedikit sayuran tersebut kemudian curahkan dgn kuah kacang gaul sebati.

R
ROJAK JAWA (PECAL/GADO-GADO)


Bahan-bahan untuk kuah :

2 cm belacan } digoreng
6 ulas bawang merah }digoreng tanpa potong
15 tangkai cili kering } digoreng tanpa potong
600 g kacang tanah } digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
asam jawa secukup rasa dibancuh dgn air panas/air masak
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Goreng bawang merah, cili kering dan belacan dgn minyak yg sedikit.
Kisar bawang merah dan cili kering hingga hancur dgn menggunakan air asam jawa.
Masukkan ke dalam mangkuk campurkan bahan kisar dgn kacang tanah, belacan, garam dan gula.
Kalau kuah pekat sangat boleh tambahkan sedikit air panas dan kacau.
Kepekatan kuah spt kuah sate.


Bahan-bahan sayuran:

1 biji sengkuang kecil }dicincang nipis
200 g taugeh } dicelur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat kacang panjang } dipotong kecil dan dicelur
1 ikat kangkung } dipotong kecil dan dicelur
2 keping tauhu } digoreng dan dipotong2 nipis
1 batang timun } dicincang nipis
1 biji kentang } direbus kemudian dipotong kecil

Cara menghidang:

Susunkan semua sayuran di dalam pinggan besar.
Bila nak makan ambil serba sedikit sayuran tersebut kemudian curahkan dgn kuah kacang gaul sebati.

ROJAK AYAM

Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Kuah Kacang/sos Kacang
Buatkan saperti kuah satay

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

ROJAK BETIK TERENGGANU


Bahan Sayuran:
1 biji betik muda kecil
1 batang timun
1/4 biji nenas [buangkan kulit dan mata tunas]
sedikit kapur makan untuk rendamkan betik
keropok goreng [pecahkan sikit]

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya.
2. Parutkan panjang dan rendamkan ngan air kapur sikit.
3. Timun dan nenas di hiriskan nipis dan kecil.
4. Toskan betik supaya kering airnya.
5. Letakkan semua bahan dalam pinggan dan dihidangkan dengan kuah rojak ikan.

KUAH ROJAK IKAN

Bahan-bahan kuah
5 ekor ikan selayang
3 s/b cili mesin
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 s/b cuka
1 s/b gula merah
1 s/b gula
garam

Cara membuat:
1. ikan dibersihkan dan dibakar tanpa garam [boleh juga panaskan dalam microwave..masukkan sikit air dan masak pada MEDIUM selama 15 minit]
2. Bila ikan telah masak ambilkan isi dan hancurkan [mesin atau tumbuk].
3. Masukkan isi ikan dan semua bahan dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh dan agak pekat.
5. Hidangkan dengan sayuran yg disediakan.


KUAH ROJAK

Bahan
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan


ROJAK SAYUR

Bahan potong kecil
1 biji timun
1/2 biji sengkuang
2 keping tahu [goreng]
beberapa helai daun lectucce
beberapa biji cucur udang

Sos Kuah Kacang
Buatkan saperti kuah kacang/satay

Cara
1. Masukan sayuran dalam pinggan.
2. Hidangkan bersama kuah kacang.

Gado-Gado
Resep Bahan Gado-gado :

• 50 gram taoge
• 150 gram kangkung/bayam
• 100 gram daun kol
• 1 buah pare belah 2, keruk bijinya, potong 1 cm
• 1 buah labu siam rebus, potong-potong
• 1 buah tahu (8×8 cm), goreng
• 1 buah tempe (8×8 cm), goreng
Resep Pelengkap Gado-gado :
• irisan telur rebus
• emping
• bawang goreng
• kerupuk
Resep Sambal Gado-gado :
• 200 gram kacang tanah goreng
• 2 buah cabai merah
• 5 buah cabai rawit
• 1 sendok teh garam
• 1/2 sendok teh terasi
• 1 sendok makan gula merah
• 1 sendok makan air asam
• 200 ml air matang

Cara Membuat Gado-gado :
1. Rebus matang bahan sayuran, tiriskan.
2. Campur sayuran, tahu, dan tempe dengan saus kacang, aduk rata.
3. Hidangkan dengan pelengkapnya.
Selamat mencoba

2 ulasan: