Sabtu, 14 Mei 2011

Daging masam manis


Bahan-bahan

  • 500 gm daging batang pinang
  • 1 labu bawang besar- dihiris
  • 1 inci halia- dihiris halus
  • 3 biji bawang putih- di hiris
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cwn sos tomato atau secukupnya
  • 3 sb sos cili
  • 1 cawan air (lebih kurang)
  • garam dan gula secukupnya
  • hirisan nanas(saya guna dlm 1 tin je)
  • 1/2 cwn minyak utk menumis.
Cara-Cara
  1. Daging di gaul bersama kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan daging tadi, goreng sebentar dan gaul sebati.
  3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato,sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan hirisan nanas dan bawang besar ~ dikacau rata.
  5. Rasakan dgn garam dan gula. Sekiranya rasa dah ok bolehlah di angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan