Sabtu, 14 Mei 2011

sup ikan merah



SUP IKAN MERAH
Bahan-bahan
1 ekor ikan merah sederhana besar
1 inci halia, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 btg kulit kayu manis, sedikit bunga lawang
1 sup bunjut
1 batang lobak merah
garam dan serbuk perasa secukupnya
serbuk lada sulah (white pepper)
daun sup
bawang goreng
1) Bersihkan ikan dan dipotong kepada beberapa bahagian
2) Masukkan kedalam periok dan tambahkan air sehingga ikan terendam sepenuhnya.
3) Hidupkan api. Masukkan sup bunjut.
4) Setelah mendidih, masukkan lobak merah.
5) Tumis cili padi, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, halia dengan sedikit minyak. Setelah keperangan dan wangi tuang bahan ini kedalam periok rebusan ikan tadi dan biarkan ia terus mendidih perlahan-lahan lebihkurang sepuluh minit. Tambahkan bahan perisa, garam dan lada sulah.
6) Angkat dari api, taburkan bawang goreng dan daun sup.
7) Hidang panas dengan nasi dan sayuran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan