Sabtu, 20 Ogos 2011

AYAM MASAK KICAP PALEMBANG








 

 

 

 

 

::


Bahan-bahan:1 ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng hingga masak
3 biji bawang besar | dipotong bulat
250gm cili kisar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
125ml kicap
125ml air asam jawa
3 tangkai daun kari

Bahan tumbuk:3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2sm halia

Cara memasak:1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan