Sabtu, 20 Ogos 2011

Ayam Masak Minang



Bahan-Bahannya :
1 ekor ayam, dipotong 12
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan 1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
3. Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan