Sabtu, 20 Ogos 2011

Ikan Masak Padang

Ikan Msk Padang

Ikan Masak Padang - Kak Hanieliza
Sumber resipi:- Sofieyya-Alkiram.net
Bahan-Bahan

4 keping ikan tenggiri atau merah (taburkan dengan sedikit garam halus)
4 cawan santan - dari 1 biji kelapa (Nur gunakan 1 kotak santan kara)
dan campur dengan 300ml air
3 biji tomato keras di belah 4 (Nur gunakan beberapa biji buah tomato ceri)
1 labu bawang besar di belah 4 (nur tak letak)
5 biji cili merah dan hijau (Nur tak letak)
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut di koyakkan
3 sudu besar minya dan garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 biji cili merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit basah
2 batang serai dihiris halus
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 biji buah keras
beberapa batang sayur bende



Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam, asam keping dan biarkan renih dan mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renihkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan