Nak tambat hati suami korang? Masak sedap-sedap. Jangan bagi dia biasa makan kat luar. Nanti melopong kau bila janda 'sapu' dia depan mata korang. Inilah rahsia perkahwinan mak. Ikuti dan nikmatilah juadah ini bersama keluarga dan sahabat handai. Terima kasih juga kepada empunya resepi dan foto kerana sudi berkongsi bersama.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Ayam Bakar Khas Palembang
Bahan Resepi Ayam Bakar Khas Palembang
Bahan:
• 8 buah paha ayam
• 50 gr kelapa kupas parut, sangrai ( koyah )
• 750 ml santan dari 1 butir kelapa parut
Haluskan:
• 6 buah bawang merah
• 3 siung bawang putih
• 5 buah cabai merah
• 1/2 sdt ketumbar
• 1/4 sdt jinten
• 1 sdt air asam jawa
• 1/2 sdt terasi
• 1 sdt garam
Cara Membuat Ayam Bakar Khas Palembang
1. Campur paha ayam dengan bumbu yang sudah dihaluskan, koyah dan santan, masak hingga kuah kering. Angkat.
2. Taruh paha ayam berbumbu dalam pinggan tahan panas.
3. Bakar dalam oven panas 200 derajat Celcius selama 40 menit atau hingga ayam berwarna kecokelatan.
Rendang Palembang
Rendang Palembang
6 ketul ayam sederhana besar digoreng bersama garam dan kunyit.
4biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, sedikit halia, sebatang serai di mesin.
sebatang serai dititik
sebiji bawang besar dihiris besar-besar
santan kelapa setengah cawan
kicap manis setengah cawan
cili kering 4 susu besar
garam secukup rasa.
Setegah cawan air kosong
cara-cara
Tumis bahan-bahan yang telah dimesin tadi, masukkan serai yang di titik tadi dan masukkan cili kering 4 sudu itu. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan rata. Masukkan pula kicap dan kacau lagi, masukkan santan dan garam secukup rasa. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air masak.
Siap dan bolehlah dihidangkan.
DAGING PALEMBANG CEK YAM
Bahan-bahan
4 kilo daging organik
5 senduk cili giling (dikisar dengan belacan)
2 senduk belacan
gula
asam jawa
2 biji kelapa ( dibuat kerisik)
Minyak untuk menumis
1 botol kicap (cap kipas udang)
Bahan A – di kisar halus
10 labu bawang besar
1 ½ labu bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
8 batang serai
Cara Memasak
1. Daging di rebus (dlm pressure cooker lebih cepat) dan di potong tidak terlalu nipis. Air rebusan jangan dibuang.
2. Tumis bahan A + cili giling + belacan sehingga naik bau
3. Masukkan air daging , kicap, asam jawa dan biarkan mendidih sehingga agak pekat .
4. Masukkan daging dan akhir sekali kerisik.
5. Sedap di makan bersama ketupat atau nasi himpit.
NASI AYAM PENYET PALEMBANG
.
Bahan-Bahan Untuk Sup
10 ketul ayam dibersihkan
1 serai (di ketuk)
1.75 liter air
2 ibujari halia (diketuk)
5 biji bawang putih (di ketuk)
Garam secukup rasa
...
Cara-cara
1. Rebus air, serai, halia dan bawang putih hingga hampir mendidih. Masukkan juga sedikit garam dan perasa. Masukkan ayam dan rebus hingga ayam betul-betul masak (kira-kira 15-20 minit). Tapi jangan sampai overcook ayam tu ok.
2. Angkat ayam dan terus rendam dalam air sejuk yang sangat sejuk dan tuskan. Proses ini penting supaya daging ayam tetap cantik.
(Nota: kuah rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan kuah sup waktu menghidang. Hiaskan sup dengan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/daun ketumbar).
Kemudian, masak nasi ayam supaya apabila ayam penyet masak, nasi juga sudah dimasak dan boleh sedia dimakan.
...
Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam
4 cawan beras wangi (Cawan yang Aisyah gunakan adalah cawan yang disediakan dalam rice cooker bila kita beli rice cooker tu. 4 cawan beras ini juga bersamaan dengan 1/2 kg beras)
3 helai daun pandan (dicuci dan diikat)
1 serai (diketuk)
4 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan marjerin
1/4 serbuk kunyit
1 kiub pati ayam maggi
Air secukupnya (guna 6 cawan air rebusan ayam tadi. gunakan cawan yang sama untuk sukat beras dan air. Maksudnya, 1 cawan beras =1.5 cawan air)
Garam (jika perlu, sebab sewaktu merebus ayam kita juga telah masukkan garam dalam sup tadi)
...
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Gaul rata-rata dan perasakan garamnya. Masak nasi tersebut.
...
Bahan-Bahan Untuk Ayam Penyet
8-10 sudu makan tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu makan jintan manis
1/4 sudu ketumbar
1/4 sudu makan jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari daging
3 biji bawang putih di ketuk
Garam dan sedikit perasa
Air suam secukupnya
2 keping tempe (dipotong ikut suka)
2 keping tauhu (dipotong 4)
...
Cara-cara
1. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai atas kuali hingga panas. Kemudian tumbuk hingga 3/4 halus)
2. Gaul semua bahan dengan air suam. Adunan jangan terlampau cair atau terlampau pekat. Celup ayam ke dalam tepung dan goreng hingga kecoklatan. Bila ayam sudah siap digoreng, goreng pula tauhu (yang telah dipotong 4) dan tempe (yang telah di potong nipis) dengan menggunakan lebihan bancuhan tepung tadi.
2. Ayam tersebut hendaklah di ketuk sedikit sebelum dihidangkan.
...
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tomato
8 biji cili padi
3 biji cili besar (di hiris kasar)
1 sudu makan udang kering
1 ibu jari belacan
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
3 biji bawang putih (dihiris kasar)
2 biji tomato (didadu kasar)
...
Cara-cara
1. Panaskan 6-8 sudu makan minyak masak. Goreng udang kering hingga naik bau, dan angkat.
2. Goreng pula belacan dengan minyak yang sama. Balik-balikkan dan angkat.
3. Goreng cili kecil dan cili besar yang dihiris sebentar, hingga kulitnya agak layu dan angkat.
4. Goreng bawang besar hingga layu, angkat.
5. Goreng tomato yang didadu hingga kulitnya layu dan angkat.
6. Tumbuk udang kering, bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan cili dan belacan. Akhir sekali masukkan tomato dan tumbuk untuk sebatikannya. Jangan sampai sambal terlalu halus. Masukkan garam dan sedikit perasa.
AYAM MASAK KICAP PALEMBANG
::
Bahan-bahan:1 ekor ayam | dipotong kecil dan digoreng hingga masak
3 biji bawang besar | dipotong bulat
250gm cili kisar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
125ml kicap
125ml air asam jawa
3 tangkai daun kari
Bahan tumbuk:3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2sm halia
Cara memasak:1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar dan kicap manis serta air asam jawa. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan biarkan masak hingga agak kering.
6. Sedia untuk dihidang.
Ayam Masak Palembang


Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
- 4 helai daun limau purut (saya tambah)
- 1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
- 2 keping asam gelugur
- 11/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar gula
- 15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
- 3 biji bawang putih
- 2 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan halus
- 20 biji cili kering
- 1 cm lengkuas
- 1 inci halia-saya tambah
- 2 batang serai
- 5 kuntum bunga cengkeh
- 3 biji buah pelaga
- 2cm kulit kayu manis
- 4 sudu makan minyak untuk menumis
- Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
- Kemudian digoreng dan diketepikan.
- Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
- Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
- Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
- Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.
Daging masak palembang
Daging masak palembang
Bahan-bahan ( 400g daging )
- 400g daging
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 ulas bawang merah | kisar
- 1 inci halia | kisar
- 1 ulas bawang besar | potong dadu
- 3 keping lada kering | kisar
- 1 batang serai
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar kicap manis
- gula & garam
Cara-cara
- Daging dipotong nipis. Rebus hingga empuk dlm air + halia + bawang putih. Air rebusan disimpan.
- Tumis bwg putih, bwg merah & halia hingga naik bau & sedikit kekuningan.
- Masukkan lada kering kisar. Tumis hingga naik minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis, gula & garam. Perasakan. Masak hingga naik minyak.
- Masukkan daging & air rebusannya.
- Masukkan bawang besar & batang serai. Jika mahu lagi pedas, buleh masuk cili api ikut suka hati.
Langgan:
Catatan (Atom)
