Caranyacili, bawang, belacan dan bawang dikisar . Nenas dipotong dadu atau racik halus. Daun gajus dipotong halus. Gaul semua dan rasa garam, gula . Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Kerabu kaduk |
| | | Bahan-bahanPucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula | Caranya1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus. 2. Mayang bawang besar, halia, serai 3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk. 4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan. 5. Masukkan santan pekat (sedikit shj). Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap. |
Kerabu kemoyang |
| | | Bahan-bahanlima pelepah keladi kemoyang , dibersihkan dan dicelur seekor ikan kembung dibakar tanpa rempah setengah cawan santan kelapa, diperah menggunakan air masak sedikit lada hitam ditumbuk kasar sedikit kerisik air perahan limau lipis garam dan gula 2 ulas bawang merah sedikit cili padi jika suka
| CaranyaKeladi kemoyang yang telah dicelur ditoskan airnya. Tumbuk isi ikan kembung bersama bawang merah,kerisik dan lada hitam,masukkan garam dan gula. Gaul bahan tadi bersama keladi kemoyang dan santan.masukkan jus limau nipis secukup rasa dan masukkan juga cili padi yang dipotong kecil-kecil jika suka.Sedia untuk dihidang |
 Kerabu Betik Muda |
| | | Bahan-bahan250 g betik muda 20 g kacang tumbuk 5 g belacan 5 g otak udang 5 ml jus limau nipis 5 ml cuka 10 g kacang botol 10 g timun 10 g daun bawang 5 g cili merah 5 g cili hijau 5 g cili padi 5 g jeruk halia 3 g garam | Caranya1. Betik,kacang botol,daun bawang,cili merah,cili hijau dan jeruk halia dihiris halus. 2. Perap bahan-bahan ini bersama jus limau selama satu jam 3.Gaul semua bahan dengan belacan, kacang, otak udang, garam dan gula. sedia untuk dihidang. |
 | Kerabu Mengkudu |
| | | Bahan-bahan1 cekak pucuk mengkudu 1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu
sedikit lada hitam 3 biji limau nipis diambil airnya 3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar Sedikit garam dan gula | CaranyaPucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus. Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati. tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan kedalamnya.masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati. Perah air limau nipis kedalam campuran tadi dan gaul sebati. sedia untuk dihidangkan. p/s : dikelantan selalunya sedikit budu( 1 sudu teh) dimasukkan sebagai perisa dan penyedap. Kerabu ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis. selain daun, buah mengkudu juga boleh dijadikan kerabu. Selamat mencuba |
|
|
|
Kerabu buah bonglai |
| | | Bahan-bahan2 biji/keping buah bonglai muda Setengah cawan santan kepala kerisik Ikan tawar(ikan yang dibakar tanpa rempah),boleh gunakan ikan kembung cuka atau limau nipis garam dan gula
| CaranyaBuah bonglai dibakar hingga kulit luarnya agak hangus, setelah itu bahagian yang hangus dikikis dan buah ini dihiris halus.Masukkan kedalam mangkuk,masukkan santan, pastikan santan diperah menggunakan air yang telah dimasak.Masukkan isi ikan kembung yang telah ditumbuk kasar bersama kerisik, gaulkan rata-rata. Masukkan pula garam dan gula serta cuka atau air limau nipis.Potong cili padi halus-halus jika suka dan gaulkan bersama kerabu ini. Sedia untuk dihidangkan. |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan