NASI ULAM/KERABU KEDAH
Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi
B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalau suka lebih lebihkan lah.
Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.
C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
Bahan2 ini di mesin halus
D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik
Cara:
Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…
******************************************SAYUR KELADI)
Bahan:
1 batang keladi disiang dan dicelur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering dibersihkan
2 inci belacan
Udang kering/ikan bilis
3 keping Asam keping
Caranya:
Mesin kesemua bahan2 tadi bersama air yg banyak sehingga hancur,
Masukan ke dalam periuk bersama asam keeping garam dan perasa
Masak sehingga mendidih masukan keladi sehingga mendidih sekali lagi.
Makan bersama nasi ulam.
Nak tambat hati suami korang? Masak sedap-sedap. Jangan bagi dia biasa makan kat luar. Nanti melopong kau bila janda 'sapu' dia depan mata korang. Inilah rahsia perkahwinan mak. Ikuti dan nikmatilah juadah ini bersama keluarga dan sahabat handai. Terima kasih juga kepada empunya resepi dan foto kerana sudi berkongsi bersama.
Khamis, 14 Januari 2010
NASI ULAM/KERABU KEDAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan