Dari Dapur Mak Mertua Kau!

Nak tambat hati suami korang? Masak sedap-sedap. Jangan bagi dia biasa makan kat luar. Nanti melopong kau bila janda 'sapu' dia depan mata korang. Inilah rahsia perkahwinan mak. Ikuti dan nikmatilah juadah ini bersama keluarga dan sahabat handai. Terima kasih juga kepada empunya resepi dan foto kerana sudi berkongsi bersama.


Sabtu, 16 Januari 2010

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Petai


RESEPI NYA :

BAHAN2 :

  • Pucuk Ubi
  • Petai
  • Tempoyak (1 Sudu Kecil)
  • Ikan Bilis
  • 1 kotak santan yang kecil
  • Air
  • 5 @ 6 biji Cili Kecil/ Cili api hijau
  • 3 Ulas Bawang merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Kunyit
  • Garam
  • Sedikit Ajinomoto

CARA MEMASAK :

  1. pucuk ubi ditumbuk @ dblender tidak terlalu lumat.
  2. bawang merah, bawang putih dan cili juga ditumbuk @ dblender halus.
  3. Petai dibuang kulit dan Ikan bilis dibasuh tlebih dahulu.
  4. Masukkan bahan2 ini kedalam periuk bersama serbuk kunyit, ikan bilis dan santan jika terlalu pekat bleh la ditambah air sedikit.
  5. Setelah mendidih boleh la ditambah garam dan ajinomoto tadi sekucup rasa kowang.
  6. Dah boleh makan. Enak dimakan bersama ikan goreng @ ikan masin. Selamat mencuba.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 9:22 PTG Tiada ulasan:

UDANG MSK LEMAK CILI API + PETAI


Bahan2

300-400 gm udang (tak kisah udang solo, udg galah, udg tajam dll)

2 papan petai belah 2

2 cwn santan pekat (santan pertama)

10 biji cili padi, belah 2(leh tambah jika ske pedas)

2 ulas bawang merah kecik (hiris nipis)

2 ulas bawang putih (hiris nipis)

2 batang serai (hiris nipis) saya ske banyak serai….

Asam keping, Garam, Perasa (jika ske)

Kunyit serbuk (kalau ske kunyit hidup boleh hiris gak)

Cara2

- masukkan santan dan bahan yang dihiris dan petai ke dalam periuk.

- Apabila mendidih masukkan udang yang telah dibuang kulit dan telah dibersihkan.

- masukkan asam keping, garam, perasa

- kacau pelan2 bila mendidih semula sket sila angkat yer… udang tak beh masak lelama… nanti isi dia keras

Dicatat oleh abah kau emak aku di 8:13 PTG Tiada ulasan:

Khamis, 14 Januari 2010

Sambal Udang Kering Petai


Bahan-bahan:
20 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Petai
Segenggam udang kering
Sedikit air asam jawa

How to:
1. Blend (dry blend) cili padi, bawang merah & bawang putih. Kalau boleh jangan
terlampau lumat,

2. Masukkanminyak (agak banyak) ke dalam kuali. Tumis bahan
yang dikisar tadi. Minyak yang banyak tu sebab nak garingkan cili

3. Masukkan petai yang telah dibelah.

4. Bila agak garing, masukkan udang kering & air asam jawa. Kacau2 sekejap.
Angkat & hidangkan.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 11:50 PTG Tiada ulasan:

sambal ikan bilis petai


1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 mangkuk petai - hiris 2
1 labu bawang besar - potong bulat

bahan tumis (blender) :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
10 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1/2 cawan air

air asam jawa
garam
gula

cara :
tumis bahan yang diblender dengan 3 camb minyak.
masak sehingga garing. masukkan garam & gula.
setelah agak kering, masukkan air asam jawa.
masukkan petai dan bawang potong.
last sekali masukkan ikan bilis.

** sambal ni kering dan boleh simpan 2-3 hari.



Dicatat oleh abah kau emak aku di 11:41 PTG Tiada ulasan:

Sambal Udang & Petai


Sambal Udang & Petai

Bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 11:34 PTG Tiada ulasan:

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai


Sambalpetai

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • seulas bawang putih - dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
  2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
  3. masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
  4. masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
  5. kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dgn nasi panas atau roti bom
  6. resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya
Dicatat oleh abah kau emak aku di 11:32 PTG Tiada ulasan:

petai, jering, kerdas


Petai

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Kerdas

Kerdas atau nama saintifiknya ialah archidendron bubalinum merupakan sejenis buah yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jering. Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.

Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10mm-15mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan). Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna unggu.

Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Jering


Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 11:19 PTG Tiada ulasan:

Kerabu Kemoyang, kaduk, pucuk gajus dan nenas, Betik Muda, Mengkudu ,buah bonglai


Kerabu pucuk gajus dan nenas


Bahan-bahan

pucuk gajus ( secekak)
1/2 biji nenas masak ( kalau suka boleh tambah)
3 biji cili mrah ( tambahkan cili padi jika mahu pedas)
3 ulas bawang merah, sedikit garam dan belacan, sedikit gula.

Caranya

cili, bawang, belacan dan bawang dikisar . Nenas dipotong dadu atau racik halus. Daun gajus dipotong halus. Gaul semua dan rasa garam, gula . Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.




Kerabu kaduk


Bahan-bahan

Pucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula

Caranya

1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus. 2. Mayang bawang besar, halia, serai 3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk. 4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan. 5. Masukkan santan pekat (sedikit shj). Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap.



Kerabu kemoyang


Bahan-bahan

lima pelepah keladi kemoyang , dibersihkan dan dicelur
seekor ikan kembung dibakar tanpa rempah
setengah cawan santan kelapa, diperah menggunakan air masak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar
sedikit kerisik
air perahan limau lipis
garam dan gula
2 ulas bawang merah
sedikit cili padi jika suka

Caranya

Keladi kemoyang yang telah dicelur ditoskan airnya. Tumbuk isi ikan kembung bersama bawang merah,kerisik dan lada hitam,masukkan garam dan gula. Gaul bahan tadi bersama keladi kemoyang dan santan.masukkan jus limau nipis secukup rasa dan masukkan juga cili padi yang dipotong kecil-kecil jika suka.Sedia untuk dihidang

Kerabu Betik Muda


Bahan-bahan

250 g betik muda
20 g kacang tumbuk
5 g belacan
5 g otak udang
5 ml jus limau nipis
5 ml cuka
10 g kacang botol
10 g timun
10 g daun bawang
5 g cili merah
5 g cili hijau
5 g cili padi
5 g jeruk halia
3 g garam

Caranya

1. Betik,kacang botol,daun bawang,cili merah,cili hijau dan jeruk halia dihiris halus.
2. Perap bahan-bahan ini bersama jus limau selama satu jam
3.Gaul semua bahan dengan belacan, kacang, otak udang, garam dan gula.
sedia untuk dihidang.

Kerabu Mengkudu


Bahan-bahan

1 cekak pucuk mengkudu
1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu
sedikit lada hitam
3 biji limau nipis diambil airnya
3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar
Sedikit garam dan gula

Caranya

Pucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus. Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati. tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan kedalamnya.masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati. Perah air limau nipis kedalam campuran tadi dan gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.

p/s : dikelantan selalunya sedikit budu( 1 sudu teh) dimasukkan sebagai perisa dan penyedap. Kerabu ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis. selain daun, buah mengkudu juga boleh dijadikan kerabu. Selamat mencuba





Kerabu buah bonglai


Bahan-bahan

2 biji/keping buah bonglai muda
Setengah cawan santan kepala
kerisik
Ikan tawar(ikan yang dibakar tanpa rempah),boleh gunakan ikan kembung
cuka atau limau nipis
garam dan gula

Caranya

Buah bonglai dibakar hingga kulit luarnya agak hangus, setelah itu bahagian yang hangus dikikis dan buah ini dihiris halus.Masukkan kedalam mangkuk,masukkan santan, pastikan santan diperah menggunakan air yang telah dimasak.Masukkan isi ikan kembung yang telah ditumbuk kasar bersama kerisik, gaulkan rata-rata. Masukkan pula garam dan gula serta cuka atau air limau nipis.Potong cili padi halus-halus jika suka dan gaulkan bersama kerabu ini. Sedia untuk dihidangkan.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 10:54 PTG Tiada ulasan:

URAP KANGKONG DAN TAUGE



Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa


Cara Cara
Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur, gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.

PANDUAN
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 10:43 PTG Tiada ulasan:

Urap Silom


Urapsilom

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  3. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  4. Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  6. Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  8. Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!
Dicatat oleh abah kau emak aku di 10:41 PTG Tiada ulasan:

Urap Pucuk Ubi

Urapp
Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
  • Sedikit taugeh dibuang ekor
  • 2 sudu besar lada boh
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit
  • * 6-8 cekur (ikut saiz)
  • * 1 sudu besar udang kering direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 2-3 helai daun cekur dihiris halus
  • 100 gm kelapa parut
  • 2 susu besar air asam jawa
  • garam, gula n perasa ikut suka

Cara-cara

  1. Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
  2. Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
  3. Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap....
  4. Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 10:38 PTG Tiada ulasan:

Kerabu Rampai

Bahan - bahan
 150 gm daging lembu
 10 helai daun cekur
 4 tangkai daun ulam raja
 8 helai daun mengkudu
 10 pokok pegaga
 1 biji bawang besar
 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
 3 sudu besar kerisik
 2 sudu besar air asam jawa
 garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. bawang besar dan daun - daun dihiris halus seperti daun rampai.
2. daging lembu dipanggang, ditumbuk dan disiat - siat kecil.
3. satukan dengan kerisik, garam dan lada hitam.tuangkan air asam jawa dan digaul rata.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 5:12 PG Tiada ulasan:

KERABU PUCUK BETIK DAN DAUN JAMBU




Baban-bahannya:
2 tangkai pucuk betik
1 tangkai daun jambu
1 5g garam
25g belacan
l00g udang kering
60g bawang merah
30g bawang putih
25g cili merah
5 helai daun cekur
½ biji kelapa parut,
5 biji limau kasturi
1 senduk minyak
Cara membuatnya:
Rebus pucuk petik bersama daun jambu hingga lembut.
Angkat dan toskan. Hiris halus bahan-bahan ini.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan,
udang kering, daun cekur dan kelapa parut sehingga terbit baunya.
Padamkan api dan sejukkan.
Tumbuk bahan-bahan tersebut dan gaulkan dengan pucuk betik.
Akhir sekali perabkan asam limau dan digaul sebati.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 5:01 PG Tiada ulasan:

KERABU PUCUK CEKUR



Bahan-bahannya:
1 cawan kerisik
2 biji lada hidup
150g udang hidup
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
2 —3 helai pucuk cekur
5 batang kacang botor — dihiris, garam secukupnya dangula
Cara membuatnya:
Kelapa digoreng hingga kering dan diramas.
Lada hidup ditumbuk. Udang direbus dan ditumbuk kasar.
Bawang besar dihiris. Asam jawa diambil airnya yang pekat.
Gaul kesemua bahan ini bersama dengan garam dan gula hingga sebati.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:56 PG Tiada ulasan:

Kerabu Perut Dengan Bunga Kantan






Bahan:
1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan
2 btg serai - mayang halus
1/2 btg bunga kantan - mayang halus
1 biji buah tomato - potong kecil
1/2 biji bwg besar - mayang dan potong halus
cuka secukup rasa
sos ikan/sotong secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
boleh di tambah timun/kacang pjg - potong halus dan taugeh sekiranya suka


Cara:
1.Setelah dibersihkan kesemuanya dan dipotong. Gaul.
2. Masukkan cuka, sos ikan, garam dan gula. Gaul rata.
3. Rasa dan hidang.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:48 PG Tiada ulasan:

KERABU PERUT




Bahan-bahannya:
50 gram perut lembu - direbus
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
1 batang serai - dihiris halus
5 helai daun limau purut - disiat
1 biji limau nipis - diperah
Daun salad
www.familiazam.com
Cili benggala merah atau hijau
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Gaulkan bawang besar bersama serai, kemudian masukkan perut, daun limau dan air parahan limau. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan daun salad dan cili benggala merah atau hijau sebelum dihidangkan.
www.familiazam.com

Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:46 PG Tiada ulasan:

Kerabu Udang Galah

KERABU UDANG GALAH

Bahan-bahannya:
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah
www.familiazam.com
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
www.familiazam.com
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan

Cara-cara membuatnya:
Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan. Hidangkan.
www.familiazam.com

Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:44 PG Tiada ulasan:

Kerabu Telur Peranakan


Bahan-bahan: (hidangan cukup untuk 5 orang)

3 biji telur
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
3 biji cili padi
sedikit daun kesum (kalau tak ada , ganti dengan 3-5 tangkai daun selom)
1 biji besar limau nipis diperah airnya (atau limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar

Cara membuatnya:

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.
2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:39 PG Tiada ulasan:

Kerabu Mangga Bunga Kantan




Bahan-bahan

10 kuntum bunga kantan

2 ulas bawang merah

1 biji mangga muda (diricih kecil)

2 sudu gula

2 batang serai

2 inci halia

20 biji lada hitam

Sejemput udang kering

1/2 biji kelapa

Sedikit asam jawa dan garam

Cara Membuatnya

1. Bunga kantan dimayang halus.

2. Bawang merah, halia, lada hitam dan udang digiling hingga lumat.

3. Kelapa diparut dan gaulkan dengan asam jawa, garam, gula dan bahan-bahan yang telah digiling. Kemudian gaulkan dengan mangga dan bunga kantan.

4. Setelah disesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan.


Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:32 PG Tiada ulasan:

Kerabu Jantung Pisang


Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:29 PG Tiada ulasan:

KERABU PUCUK PAKU






Bahan

2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:20 PG Tiada ulasan:

Urap Pegaga dan Selom


Urap_pegaga_dan_daun_selom5
Bahan-bahan ( 1 hidangan )
  • 200 gm daun pegaga(diracik)
  • 200 gm daun selom (diracik)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan bakar
  • segenggam udang kering
  • 4-5 biji cili padi
  • 2 sm halia muda
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
  2. Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Hidangkan.
  3. **daun pegaga dan daun selom hendaklah dicuci bersih dgn air bergaram sebelum diracik
  4. **kelapa parut tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng, boleh juga.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:17 PG Tiada ulasan:

Urap Jawa


Urapjawa

Bahan-bahan ( satu family )

  • satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • satu mangkuk kecil biji cekur@kencur
  • beberapa helai daun cekur@kencur- hiris halus
  • segenggam ikan bilis kopek
  • garam
  • perisa - jika suka
  • * pucuk ubi - celur dan carik2@hiris
  • * kacang panjang - celur dan potong memanjang
  • * taugeh - celur
  • * kacang botol (optional) - hiris - xde pon masa tu

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  2. Masukkan skali garam dan juga perisa.
  3. Kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  4. Panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  5. Tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur. siap utk dhidang.
  6. *Masakan ni mudah basi jika dbiarkan terlalu lama. Utk mengelakkannya, asingkan dahulu sayur@ulam2an dan juga kelapa yg dh siap sangai tadi. bila nak makan@menghidang, barulah dgaul rata.
  7. Selamat Mencube!


Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:14 PG Tiada ulasan:

Kerabu Pucuk Kunyit


Kerabu_pucuk

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
  • 1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
  • 1 sk udang kering basuh dan digoreng
  • 1 biji bawang merah
  • 10-12 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
  • *1 biji limau kasturi
  • *sedikit garam, gula n perasa kalau suka

Cara-cara

  1. Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan
  2. Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda *, tumbuk kasar2 pun tak pe..
  3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...


Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:12 PG Tiada ulasan:

Kerabu Timun Tomato

Kerabu Timun Tomato

Pic_073

Bahan-bahan

  • 1 biji timun - dihiris nipis dan dipotong 4
  • 1 biji tomato - dihiris nipis (ikut selera anda)
  • 1 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 2 biji cili padi - dihiris kecil2
  • garam dan gula secukup rasa
  • capsicum yg didadu kecil2..

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan2 dalam sebiji mangkuk.
  2. Tambahkan bahan perisa secukup rasa dan gaulkan hingga sebati.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 4:08 PG Tiada ulasan:

Kerabu Pauh


Kerabu Pauh




BAHAN-BAHAN:

1 biji mangga

6 tangkai cili padi (hiris)

1 biji tomato (potong dadu)

50 gm udang kering

50 gm kacang

3 sudu besar air gula

Sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN:

1.Ambil mangga dan parut agak kasar. Kemudian sangai kacang seketika.

2.Selepas itu tumbuk pula udang kering.

3.Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan dan bubuhkan air gula dan garam secukup rasa.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:54 PG Tiada ulasan:

Keredok

Keredok

Keredok

BAHAN-BAHAN:

Daun kemangi ataupun selasih

Terung ulam (bulat)

Kubis (hiris)

Tauge

Kacang panjang (potong 1/2 cm)

Timun (potong dadu)

100 ml air + 1/2 sudu besar asam jawa

Limau nipis

BAHAN BUMBU:

100 gm kacang tanah (goreng)

1 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah

5 tangkai cili padi

1 sudu kecil belacan

4 cm kencur

Garam

2 sudu besar gula merah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Semua bahan bumbu ditumbuk lumat. Kacang tanah ditumbuk kasar.

2. Kemudian satukan dengana air asam jawa dan gula merah.

3. Perahkan sedikir air limau nipis.

4. Campurkan kesemua sayuran.

Nota: Ulaman yang digunakan boleh diganti dengan pilihan anda. Contohnya kacang botor.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:51 PG Tiada ulasan:

Kerabu Belimbing Buluh

Kerabu Belimbing Buluh

Kerabu Belimbing Buluh

BAHAN-BAHAN:

(Hiris)

5 biji belimbing buluh

1 biji timun

2 kuntum bunga kantan

1 labu bawang besar

(Tumbuk)

5 tangkai cili merah

1 sudu besar lada hitam

Sedikit belacan (secukup rasa)

1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]

Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan bahan A dan B.

2. Masukkan pula bahan C ke dalam mangkuk dan gaulkan rata. Sesuaikan rasa garam dan gula dan hidangkan.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:48 PG Tiada ulasan:

Somtam

Somtam

Somtam

BAHAN-BAHAN:

1 biji betik muda

1 biji mangga muda

2 ulas bawang putih

4 tangkai cili padi

4 tangkai kacang panjang

30 gm kubis

10 gm kacang tanah

3 biji tomato ceri

20 gm udang kering (tumbuk)

2 sudu besar jus limau

1 sudu besar sos ikan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Sagat memanjang betik dan mangga. Kemudian potong halus memanjang kubis. Kacang panjang potong 6 cm.

2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak perlu tumbuk, biarkan pecah-pecah sedikit.

3. Kemudian gaulkan dengan betik, kacang tanah, mangga, kubis, kacang panjang dan udang kering.

4. Akhir sekali tuangkan jus limau dan sos ikan. Masukkan tomato ceri dan gaulkan rata.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:47 PG Tiada ulasan:

Rebung Kerisik

Rebung Kerisik

Rebung Kerisik

BAHAN-BAHAN:

300 gm rebung (hiris dan celur)

6 tangkai cili padi (hiris)

8 ulas bawang merah (hiris)

2 tangkai cili merah (hiris)

150 gm kerisik

2 batang serai (hiris)

2 biji limau nipis (ambil jus)

1 cawan santan pekat

2 helai limau purut (hiris halus)

80 gm daun ketumbar (hiris kasar)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebung direbus sehingga lembut. Ketepikan.

2. Hiris rebung (kasar) dan gaulkan dengan semua bahan-bahan.

3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:45 PG Tiada ulasan:

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong

BAHAN-BAHAN:

200 gm sotong putih (potong panjang)

100 gm kacang panjang (hiris halus)

2 tangkai cili merah (hiris halus)

4 tangkai cili padi (hiris halus)

5 ulas bawang kecil (hiris halus)

20 gm daun pegaga (hiris halus)

1 sudu besar kerisik

Garam dan lada sulah

2 sudu besar sos ikan

2 biji limau nipis (perah)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebuskan sotong hingga masak dan toskan.

2. Campurkan bahan yang dihiris halus dengan sotong.

3. Masukkan bahan-bahan lain, gaul rata.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:43 PG Tiada ulasan:

Nasi Kerabu Spesel


Nasi Kerabu



BAHAN NASI:

4 cawan beras

BAHAN SAMBAL KELAPA:

5 ulas bawang merah (tumbuk)

1/2 biji kelapa parut (sangai)

1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)

2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)

2 batang serai (tumbuk)

Sedikit garam dan gula melaka



BAHAN KUAH TUMIS:

5 ulas bawang merah

1 cm halia

2 sudu besar budu

1/2 biji kelapa (ambil santan)

2 batang serai (ketuk)

2 sudu besar cili kisar

1 keping asam gelugur


BAHAN ULAM:

1 batang timun

2 tangkai kacang botor

4 tangkai pegaga

1/2 tangkai bunga kantan

Sedikit tauge



CARA MENYEDIAKAN:

1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.

2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan

ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.

3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.

Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.

4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan

masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.

5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.

6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.

Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam

periuk yang berisi santan.

7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.

8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah

minyak bolehlah diangkat.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:38 PG Tiada ulasan:

Nasi Kerabu Goreng



Cara

4 cawan nasi (nasi untuk nasi kerabu)
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api-ditumbuk (boleh tambah jika mau pedas)
2 biji telor ayam
1 batang serai-dimayang halus*
1 batang bungan kantan*
1 pohon daun kesum*
100 gm kacang panjang
100 gm kobis*
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam/perasa


Cara

1. Mayang halus semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus, garam/perasa.
3. Apabila sudah garing masukkan telor serta sebahagian daripada bahan yang telah dimayang dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga sebati.
5. Hidangkan bersama lebihan kerabu (sayuran yang telah dimayang halus)


** Boleh dimakan dengan lauk kesukaan seperti ayam goreng, daging bakar, ikan goreng tepung, keropok ikan, sambal lada
Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:22 PG Tiada ulasan:

Nasi Ulam Pahang


Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
20 gm udang kering
20 gm ikan kering
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 sudu besar kerisik (ditumbuk halus)
½ sudu teh serbuk lada
1 batang serai (diracik halus-halus)
Cara:
Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering. Mayang bawang merah halus-halus. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.
Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 3:05 PG 2 ulasan:

NASI KERABU TERENGGANU


NASI KERABU TERENGGANU

Nasi:

3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Sambal kelapa/ikan:

1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Kuah Tumis Belacan

2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara membuat:

Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
Tumbuk lagi hingga lumat.
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk kukus.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Ikan Goreng Celup Tepung

6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
Panaskan minyak.
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.
Dicatat oleh abah kau emak aku di 2:57 PG Tiada ulasan:

Nasi Ulam / Kerabu Kelantan


Nasi Ulam / Kerabu Kelantan


Bahan-bahan

  • nasi putih
  • *bahan kuah tumis*
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • cili giling
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
  • *bahan sambal kerisik ikan*
  • 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • *bahan budu*
  • budu
  • 4-5 biji cili padi
  • limau kasturi @ limau nipis @ lemon
  • *bahan ulam kerabu*
  • 5-10 biji kacang panjang
  • 1 biji timun
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam tauge
  • *lauk (opsyenal)*
  • keropok ikan
  • telur masin
  • ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
  • bawang putih jeruk
  • solok lada

Cara-cara

  1. Kuah_tumis
    utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
  2. Sambal_kerisik
    utk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
  3. Budu
    utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
  4. Ulam_kerabu
    utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
  5. Nasi_kerabu_liza
    sedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera :P
Dicatat oleh abah kau emak aku di 2:42 PG 1 ulasan:

NASI ULAM/KERABU KEDAH




NASI ULAM/KERABU KEDAH

Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalau suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…

******************************************

SAYUR KELADI)

Bahan:

1 batang keladi disiang dan dicelur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering dibersihkan
2 inci belacan
Udang kering/ikan bilis
3 keping Asam keping

Caranya:

Mesin kesemua bahan2 tadi bersama air yg banyak sehingga hancur,
Masukan ke dalam periuk bersama asam keeping garam dan perasa
Masak sehingga mendidih masukan keladi sehingga mendidih sekali lagi.
Makan bersama nasi ulam.

Dicatat oleh abah kau emak aku di 2:39 PG Tiada ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Jumlah Paparan Halaman

Mengenai Saya

Foto saya
abah kau emak aku
Lihat profil lengkap saya

Pages

  • Home

Popular Posts

  • Pelbagai Resepi Rojak
    ROJAK BUAH Bahan-bahan: Sengkuang Nenas Timun Mangga muda } semua buah dipotong/hiris kecil2 Jambu batu Epal hijau Buah belimbing Bahan utk ...
  • Kerabu Perut Dengan Bunga Kantan
    Bahan: 1/2 kg perut lembu - potong dan bersihkan 2 btg serai - mayang halus 1/2 btg bunga kantan - mayang halus 1 biji buah tomato -...
  • Resepi Nenek Aku; Ulam-ulaman
    PENDAHULUAN Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam sudah terke...
  • Pelbagai Resepi Daging
    Pergedil Daging Bahan-bahan: (menghasilkan 8 ketul pergedil) 2-3 biji kentang (kupas kulit dan potong 10) 50 gm daging dikisar hal...
  • Nasi Ulam Pahang
    Bahan-Bahan: 600 gm nasi yang telah disejukkan 20 gm udang kering 20 gm ikan kering 40 gm bawang merah 3 helai daun mengkudu 3 helai daun ka...
  • Sambal Hijau Padang
    Bahan Bahan 12-15  Cili hijau yang segar 10 tangkai cili api hijau 3-4 ulas bawang merah, cuka, garam, gula sesuai rasa sedikit minyak...
  • Daging Dendeng Minang
    1 kilo daging 300 gm cili merah (dikukus atau direbus, kemudian tumbuk kasar2. bawang besar 1 biji besar dikisar) 1 bij...
  • Kerabu Kemoyang, kaduk, pucuk gajus dan nenas, Betik Muda, Mengkudu ,buah bonglai
    Kerabu pucuk gajus dan nenas Bahan-bahan pucuk gajus ( secekak) 1/2 biji nenas masak ( kalau suka boleh tambah) 3 biji ci...
  • Sambal Udang Kering Petai
    Bahan-bahan: 20 biji cili padi 3 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Petai Segenggam udang kering Sedikit air asam jawa How to: 1. Blend (...
  • NASI ULAM/KERABU KEDAH
    NASI ULAM/KERABU KEDAH Bahan: A: 3 pot beras jadika...

Arkib Blog

  • ►  2011 (38)
    • ►  Ogos (20)
    • ►  Mei (18)
  • ▼  2010 (50)
    • ►  Mac (8)
    • ▼  Januari (42)
      • Masak Lemak Pucuk Ubi dan Petai
      • UDANG MSK LEMAK CILI API + PETAI
      • Sambal Udang Kering Petai
      • sambal ikan bilis petai
      • Sambal Udang & Petai
      • Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai
      • petai, jering, kerdas
      • Kerabu Kemoyang, kaduk, pucuk gajus dan nenas, Bet...
      • URAP KANGKONG DAN TAUGE
      • Urap Silom
      • Urap Pucuk Ubi
      • Kerabu Rampai
      • KERABU PUCUK BETIK DAN DAUN JAMBU
      • KERABU PUCUK CEKUR
      • Kerabu Perut Dengan Bunga Kantan
      • KERABU PERUT
      • Kerabu Udang Galah
      • Kerabu Telur Peranakan
      • Kerabu Mangga Bunga Kantan
      • Kerabu Jantung Pisang
      • KERABU PUCUK PAKU
      • Urap Pegaga dan Selom
      • Urap Jawa
      • Kerabu Pucuk Kunyit
      • Kerabu Timun Tomato
      • Kerabu Pauh
      • Keredok
      • Kerabu Belimbing Buluh
      • Somtam
      • Rebung Kerisik
      • Kerabu Sotong
      • Nasi Kerabu Spesel
      • Nasi Kerabu Goreng
      • Nasi Ulam Pahang
      • NASI KERABU TERENGGANU
      • Nasi Ulam / Kerabu Kelantan
      • NASI ULAM/KERABU KEDAH
      • Nasi Ulam Pulau Pinang
      • Nasi Ulam Betawi
      • Nasi Ulam Ala Thai
      • Nasi Ulam //Herbed Rice. Peranakan
      • Resepi Nenek Aku; Ulam-ulaman

Adakah entri dan blog ini menarik dan bermanfaat?

Pengikut

Tema Tera Air. Dikuasakan oleh Blogger.