
Bahan-Bahan:
250 gm sotong ~ potong bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
4 ulas bawang merah @ 1/2 biji bawang besar ~ ditumbuk
10 ( kurang @ lebih ) cili api ~ di tumbuk
1 biji bawang besar ~ belah 8
1 biji tomato ~ potong dadu
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga agak garing.
Kemudian masukkan tomato dan sos tiram.
2. Masakkan tomato sehingga masak dan masukkan sotong, kacau rata.
3. Masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Kacau 2-3 minit dan bolehlah diangkat.
Nak tambat hati suami korang? Masak sedap-sedap. Jangan bagi dia biasa makan kat luar. Nanti melopong kau bila janda 'sapu' dia depan mata korang. Inilah rahsia perkahwinan mak. Ikuti dan nikmatilah juadah ini bersama keluarga dan sahabat handai. Terima kasih juga kepada empunya resepi dan foto kerana sudi berkongsi bersama.
Ahad, 21 Mac 2010
Sotong Masak Cili Api.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan