Sabtu, 14 Mei 2011

AYAM ROAST BEREMPAH


AYAM ROAST BEREMPAH (Sumber: Mami Asmah Laili/ Kak Muza (FRD)
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk mematikan darahnya. Angkat dan ketepikan.
Bahan untuk dikisar
  • 10 biji lada kering, buang biji dan rendam sehingga kembang
  • 20 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 sudu makan ketumbar biji }
  • 1 sudu teh jintan halus} disangai dahulu
  • ½ sudu teh jintan manis }
  • 1 batang serai, bahagian putihnya sahaja
  • ½ jari lengkuas
  • 5 biji kacang gajus
  • 1 batang serai dititik
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • Sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar untuk tabur
  • Sedikit minyak canola untuk menumis
  • Sedikit garam dan gula
Cara-caranya
  • Panaskan minyak didalam kuali. Tumis serai hingga wangi. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit.
  • Masukkan semua rempah kisar. Masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak, masukkan ayam.
  • Balik-balikkan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah.. Kemudian tuang kedalam dulang pembakar, dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180 darjah Celcius, sehingga ayamnya masak dan rempahnya garing.
  • Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. Enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan