Sabtu, 14 Mei 2011

Gulai pedas udang


BAHAN-BAHANNYA :-


  • 10 ekor udang galah (saya guna udang sederhana je,dlm 500gm...)
  • 2 biji timun
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 800 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 20 - 30 biji cili padi hijau*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya. Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan