Sabtu, 14 Mei 2011

sotong berempah madu


Bahan-bahan :

  • 500 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk lada sulah/ lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan