Sabtu, 14 Mei 2011

Sotong Paprik

….
Bahan:-
  • 1/2 kilo sotong basah
  • bunga kobis
  • 1 batang carrot – hiris bulat berbunga(akak hiris memanjang)
  • 1 labu bawang besar – dipotong memanjang
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 biji lada merah – dihiris
  • 10 biji cili padi – diketuk
  • 3 cm halia – dihiris halus
  • 3 batang serai – dihiris nipis dan menyerong
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s./b sos tiram
  • sedikit gula-akak tak letak
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 helai daun limau purut
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi.
  3. Masukkan sos-sos.
  4. Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.
  5. Masukkan sayuran dan daun limau purut yang telah disiat bersama garam. Kacau rata.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi. Makan panas-panas lagi sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan