Sabtu, 14 Mei 2011

Kupang Goreng Kunyit



Bahan-Bahan.

  • 600 gm kupang yg dah di kopek
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam(utk gaul bersama kupang)
  • 2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong serong)
Bahan Hiris
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 2 biji bawang putih, dihiris halus
  • 1 inci halia, di hiris halus
  • 5 btng lada hijau, dihiris serong
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak.
  1. Bersihkan kupang, cuci dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
  2. Panaskan minyak di kuali. Goreng kentang yg di potong serong tadi.....gaulkan dan biarkan sedikit empuk.
  3. Setelah empuk, masukkan kupang yg di perap tadi dan gaul sebati....tutup kuali sebentar.
  4. Masukkan hirisan bawang besar, bwng putih, hirisan halia dan hirisan lada hijau . Gaul hingga sebati dan tutup kuali sebentar.Perasakan garam dan gula.
  5. Setelah siap angkat dan hidangkan. Sedap di makan bersama nasi putih hangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan