Sabtu, 14 Mei 2011

Bilis Goreng Kantan Bercili padi

Resepi mudah dan sedap. Ambil dari aneka resepi.

Bahan-bahan :
1/2 kg ikan bilis dikopek dan digoreng garing
2 ulas bawang besar - dihiris
1 biji tomato - dihiris
3 helai daun limau - dihiris
1 kuntum bunga kantan - ditumbuk halus
3 batang serai - ditumbuk halus
7 tangkai cili padi - ditumbuk halus
1/2 cawan kecil perahan limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

1. Ambil ikan bilis yang telah digoreng garing lalu campurkan bahan-bahan yang telah dihiris dan ditumbuk halus tadi.
2. Masukkan air perahan limau.
3. Campurkan secubit garam.
4. Sedia dihidang.

2 ulasan:

  1. ermmm sedap nye mak mertua masak,.. ini harus makan bertambah2

    BalasPadam
  2. Salam tuan rumah...salam perkenalan...resepi yg membangkitkan selera.

    BalasPadam