Sabtu, 20 Ogos 2011

Ayam Masak Palembang




Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
  • 4 helai daun limau purut (saya tambah)
  • 1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • 11/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
Bahan2 kisar
  • 15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 20 biji cili kering
  • 1 cm lengkuas
  • 1 inci halia-saya tambah
  • 2 batang serai
Bahan2 tumis:
  • 5 kuntum bunga cengkeh
  • 3 biji buah pelaga
  • 2cm kulit kayu manis
  • 4 sudu makan minyak untuk menumis
Cara Penyediaan.
  1. Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
  2. Kemudian digoreng dan diketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
  5. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
  6. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan