Sabtu, 20 Ogos 2011

Sotong Masak Lemak Padang

SOTONG MASAK LEMAK PADANG
SUMBER: RESEPI PAK ENGKU

Bahan-bahannya :-
1 kg sotong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
5 tangkai cili merah*(* dikisar)
3 biji bawang besar - belah 4
2 batang serai - titik
3 tangkai cili merah - belah 2
2 biji tomato - belah 2
3 biji ubi kentang - potong empat
3 sudu besar minyak masak
500ml santan
400ml air
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar,serai,ubi kentang, tomato, sotong, santan dan air.
  3. Kacau biar sebati,tambahkan garam secukup rasa dan masak hingga betul betul masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan