Sabtu, 20 Ogos 2011

NASI AYAM PENYET PALEMBANG







.
Bahan-Bahan Untuk Sup
10 ketul ayam dibersihkan
1 serai (di ketuk)
1.75 liter air
2 ibujari halia (diketuk)
5 biji bawang putih (di ketuk)
Garam secukup rasa
...
Cara-cara
1. Rebus air, serai, halia dan bawang putih hingga hampir mendidih. Masukkan juga sedikit garam dan perasa. Masukkan ayam dan rebus hingga ayam betul-betul masak (kira-kira 15-20 minit). Tapi jangan sampai overcook ayam tu ok.
2. Angkat ayam dan terus rendam dalam air sejuk yang sangat sejuk dan tuskan. Proses ini penting supaya daging ayam tetap cantik.
(Nota: kuah rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan kuah sup waktu menghidang. Hiaskan sup dengan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/daun ketumbar).
Kemudian, masak nasi ayam supaya apabila ayam penyet masak, nasi juga sudah dimasak dan boleh sedia dimakan.
...
Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam
4 cawan beras wangi (Cawan yang Aisyah gunakan adalah cawan yang disediakan dalam rice cooker bila kita beli rice cooker tu. 4 cawan beras ini juga bersamaan dengan 1/2 kg beras)
3 helai daun pandan (dicuci dan diikat)
1 serai (diketuk)
4 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan marjerin
1/4 serbuk kunyit
1 kiub pati ayam maggi
Air secukupnya (guna 6 cawan air rebusan ayam tadi. gunakan cawan yang sama untuk sukat beras dan air. Maksudnya, 1 cawan beras =1.5 cawan air)
Garam (jika perlu, sebab sewaktu merebus ayam kita juga telah masukkan garam dalam sup tadi)
...
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Gaul rata-rata dan perasakan garamnya. Masak nasi tersebut.
...
Bahan-Bahan Untuk Ayam Penyet
8-10 sudu makan tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu makan jintan manis
1/4 sudu ketumbar
1/4 sudu makan jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari daging
3 biji bawang putih di ketuk
Garam dan sedikit perasa
Air suam secukupnya
2 keping tempe (dipotong ikut suka)
2 keping tauhu (dipotong 4)
...
Cara-cara
1. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai atas kuali hingga panas. Kemudian tumbuk hingga 3/4 halus)
2. Gaul semua bahan dengan air suam. Adunan jangan terlampau cair atau terlampau pekat. Celup ayam ke dalam tepung dan goreng hingga kecoklatan. Bila ayam sudah siap digoreng, goreng pula tauhu (yang telah dipotong 4) dan tempe (yang telah di potong nipis) dengan menggunakan lebihan bancuhan tepung tadi.
2. Ayam tersebut hendaklah di ketuk sedikit sebelum dihidangkan.
...
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tomato
8 biji cili padi
3 biji cili besar (di hiris kasar)
1 sudu makan udang kering
1 ibu jari belacan
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
3 biji bawang putih (dihiris kasar)
2 biji tomato (didadu kasar)
...
Cara-cara
1. Panaskan 6-8 sudu makan minyak masak. Goreng udang kering hingga naik bau, dan angkat.
2. Goreng pula belacan dengan minyak yang sama. Balik-balikkan dan angkat.
3. Goreng cili kecil dan cili besar yang dihiris sebentar, hingga kulitnya agak layu dan angkat.
4. Goreng bawang besar hingga layu, angkat.
5. Goreng tomato yang didadu hingga kulitnya layu dan angkat.
6. Tumbuk udang kering, bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan cili dan belacan. Akhir sekali masukkan tomato dan tumbuk untuk sebatikannya. Jangan sampai sambal terlalu halus. Masukkan garam dan sedikit perasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan