Khamis, 14 Januari 2010

Keredok

Keredok

Keredok

BAHAN-BAHAN:

Daun kemangi ataupun selasih

Terung ulam (bulat)

Kubis (hiris)

Tauge

Kacang panjang (potong 1/2 cm)

Timun (potong dadu)

100 ml air + 1/2 sudu besar asam jawa

Limau nipis

BAHAN BUMBU:

100 gm kacang tanah (goreng)

1 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah

5 tangkai cili padi

1 sudu kecil belacan

4 cm kencur

Garam

2 sudu besar gula merah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Semua bahan bumbu ditumbuk lumat. Kacang tanah ditumbuk kasar.

2. Kemudian satukan dengana air asam jawa dan gula merah.

3. Perahkan sedikir air limau nipis.

4. Campurkan kesemua sayuran.

Nota: Ulaman yang digunakan boleh diganti dengan pilihan anda. Contohnya kacang botor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan