Khamis, 14 Januari 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai


Sambalpetai

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • seulas bawang putih - dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • sebiji bawang besar - dimayam
  • petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
  2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2.
  3. masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
  4. masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
  5. kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dgn nasi panas atau roti bom
  6. resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan